12 Apr 2014

Guru Sandaran (FAQ) -Frequently Asked Question (Episod 2)

Assalamualaikum. Selamat pagi dan salam 1 Ukhuwah.. hehe... Fokus utk tajuk kali ini, A.S akan membincangkan FAQ atau bahasa kebangsaannya disebut sebagai  "Soalan Yang Sering Di Tanya"..
Okay, jom kita melintas!!! (ehh..)


S1: Lama tak nak tunggu PPD telefon?

Bergantung pada kekosongan dan bajet yang diberi kerajaan. Macam yang diceritakan dalam episod satu, perenggan bawah sekali Ini link nya (___)...
Mungkin sehari, seminggu, sebulan.. A.S dapat panggilan tak sampai beberapa jam... Sebabnya A.S isi borang pagi2 02.01.2014, hari pertama sekolah dibuka.. Jadi, mestilah PPD akan aware dengan permohonan A.S dannnn kompem ramai cikgu bersalin tgah cuti masa tu... Sambung cuti lah dari bulan November atau Disember.. hehe.. hebat tak stratergi..

S2: Apa dokumen diperlukan ?

Haa.. Ini dia...

Sesiapa yang masih  belajar atau belum konvo, sila beri yang kedua tertinggi yer.. Official transcript tidak akan dilayan. Macam A.S, Walaupun dah habis degree, still pakai SPM sebab belum konvo dan A.S amek asasi.. Asasi dan Matriks x boleh pakai yer.. Jangan jadi pak pandir yer.. Dah sedia maklum perkara tu sebelum masuk belajar lagi..

Pastikan dokumen tu disahkan oleh pegawai kerajaan berpangkat 41.. 

S3: Interview susah tak?

Tak pun, biasanya kompem kita akan dapat.. Tanya nama, cita2, Kenapa nak jadi cikgu.. Prefer ajar matapelajaran apa.. nak sekolah menengahke sekolah rendah.. & part yang paling best, sekolah mana yang nak kita pilih.. hehe memandang A.S memang tahu sekolah yang AS ajar sekarang ni memang kosong, direct A.S demand nak sekolah tu... hehe.. Kalau takde, PPD akan bagi sekolah kedua terdekat lah... PPD tak kejam mana nak hantar jauh2.. PPD pun akan tanya ada kenderaan ke x... Kalau korang taknak jugakk.. nak tggu sekolah yang korang impikan tu.. Haa.. tunggu je lah sampai ade cikgu yang cuti panjang.. Bila dah ok sume.. dia akan tanya bila boleh mula... so jawab je lah.. "SAYA NAK MASUK ESOK"... hehe..


S4: Gaji tuu masyuuk ke x?

A.S tahu utk sekolah rendah je

SPM: RM 54 /day
Diploma: RM72 /day
Ijazah: RM100/day

STPM, MASTER, PHD tak pasti.. hehe
Ada potongan KWSP..

Sabtu, ahad & cuti tak dikira melainkan kelas ganti hujung minggu


S5: Gaji tu masuk on time tak?

JANGAN MIMPI... hahahaha.. AMARAN KERAS: Kalau nak duit cepat-cepat, JANGAN MENGADA-NGADA NAK JADI GURU SANDARAN... Gaji kita bergantung dengan kecekapan pentadbiran sekolah.. Harap maklum.. Mungkin lewat sebulan, dua bulan, 3 bulan... Tips nak gaji cepat: Selalulah bertnya pasal gaji dekat pentadbiran sekolah.. Last2 mesti dia pening dengan perangai korang yang tak sabar tu... jadi, diorang pun buat lah apa yang patut.. wink wink...


S6: Senang tak jadi cikgu?

Jawapan yang paling mudah, kalau suka jadi cikgu, semua benda nampak senang walaupun rasa macam ada batu dekat kepala... Kalau memang tak suka, awal2 lagi kita dah fed up.. Tepuk dada tanyalah iman, tepuk hati fikir sendiri.

Perlu diingatkan, kalau kita ganti cikgu, kita kena buat semua kerja dia... Kalau dapat cikgu yang pegang kelas, selalulah tanya kehadiran.. Dapat jadi cikgu LINUS (cikgu pemulihan) pandai-pandai lah ajar anak murid, dapat jadi cikgu Pusat sumber, hari-harilah menghadap buku...



UNTUK YANG NAK JADI GURU SANDARAN:

A.S berharap sangat janganlah nak jadi guru sandaran hanya bersebabkan $$ sahaja.. yelah kan.. kerja 6 jam je dapat rm 50 sehari.. Memang nampak mudah... Tapi sebenarnya kita ni yang membentuk jatidiri pelajar secara tidak langsung.. Kita lah tukang bercerita, kita lah tukang berleter, kita lah tempat mengadu, kitalah tukang hias, kitalah semua... Apa-pun selamat mengajar ye ^_^

#Sesiapa yang ade soalan boleh lah tanya.. tapi bab reply ni tak jamin, sebab jarang berblog.. maaf yer..

Proses Permohonan Guru Sandaran (Episod 1)

"Weh, Sya.!! Kau dah jadi cikgu bestnya"
"Salam Sya, wahh dah jadi cikgu bolehlah ajar anak aku"
"Emmm...tak penat ke nak layan budak2"
"Sya, jadi cikgu susah tak"
"Fuyooii... garang-garang kau ni boleh tahan perangai budak-budak ye"

Macam- macam lagi sebenarnya andaian dan persepsi. Positif ade.. Negatif pun ada.. Tapi entri kali ini bukan ingin menceritakan pengalaman pahit manis, suka duka.. Entri kali ini lebih menjurus ke arah bagaimana ingin menjadi seorang guru... oppss... bukan guru tetap..guru sandaran...Bukan sebab apa, rmai sangat yang tanya... Dan A.S malas dah nak bgtau byak kali (hehe, sorry erkk kawan2)

Sebenarnya banyak istilah di pakai... Antaranya, guru sandaran... guru interim, guru ganti, dll? Nampak serupa tapi x sama..  Malas nak taip panjang panjang.. boleh rujuk blog ini.

Okey... Ada beberapa cara sebenarnya... Ini berdasarkan pembacaan blogger2 yang lain...


1. Pergi sekolah yang kita mahu, tanya ada kosong tak.. Kalau ada, akan diberitahu, kalau takda.. dia akan suruh letak nama, no telefon, alamat, dll... Nanti kalau ada pihak sekolah akan telefon dan bagitahu apa yang perlu dibuat.. Ni blog yang A.S rujuk.

2. Bergantung sekolah dari daerah mana yang nak pergi, contoh, daerah Kinta, pergi PPD (pejabat pendidikan daerah ) Kinta. Kemudian, bagitahu.. yang korang nak jadi guru ganti, dan pihak pengurusan akan bgtau apa y dperlukan dan akan bg borang utk diisi. Cara y ini plak A.S rujuk blog ini.

3. Yg ini laggiii sennanngg.. Utk yang berminat nak jadi cikgu sekitar negeri Selangor.. Tak payah susah-susah habis minyak, terus isi borang secara atas talian di sini. Tapi kat negeri lain tak tahu lah plak apa link dia.. Mintak ampun ye...


Mula-mula, klik dekat "Daftar id pengguna"


Kemudian, Isikan dan hantar. Emel akan di hantar. dan kata kunci (password)  akan diberi. 


Pergi balik dekat gambar no 1. Isikan data pada bahagian yang dibulatkan dengan warna biru dan pilih pemohon' di bahagian pilihan (dibulatkan dengan warna merah ) dan masuk.



Dah masuk isi borang, dan sediakan borang seperti yang dinyatakan dalam tu.. Bahagian ni takde gambar sebab... A.S punya dah ada data.. Malas nak padamkan datanya... Banyak sangat.. So bahagian ni pandai2 lah berdikari.. 

Dah selesai.. tggu je lah panggilan dia.. Mungkin sehari, seminggu, sebulan.. Macam rezeki A.S hari tu, alhamdulillah, pukul 8 pagi isi borang, pukul 10.00 pagi kol.. Nak tahu kenapa boleh rujuk entri yang akan datang... di sini .. Kalau tak nak tau pun kene klik juga sebab ada macam2 info perlu tahu pasal Guru sandaran dekat sini.. Okay itu sahaja.. Selamat berjuang.. :)

23 Jan 2014

Murid oh murid

Baru seminggu dapat title cikgu, suara macam dah kering.. Memang penat kita nak jerit... "Heii, kamu buat ape tu, jangan lari2 dalam kelas".. "Hah kamu! Kenapa tak mulakan kerja lagi.. Siapkan sekarang!!" It is extremely challenging nowadays to educate students. Kalau dulu, tugas cikgu hanya untuk mengajar. Yang lain ditanggung beres.  Sekarang, tenaga cikgu amat2lah diperlukan dalam membentuk personaliti mereka. Kat rumah, mak abah yang tolong rotankan kalau anak2 tak siap kerja. Sekarang, Kita ni pula kena merayau dengan rotan lunyai keliling sekolah. Nampaknya, tenaga cikgu amat2lah diperlukan dalam membentuk sikap mereka.

A.S tak nak tuduh sesiapa. Tapi mungkin statement A.S akan nampak berat sebelah. Maklumlah, status masih bujang, jadi A.S masih tak nampak seberat mana tanggungjawab ibu bapa terhadap anak2 mereka. Jadi A.S hanya beri pandangan sehala, pendapat sifar demensi. Sebenarnya, dalam hal ini, A.S beranggapan ibu bapa sangat memberi kesan terhadap pembentukan nilai moral anak2..  Cukuplah sekadar memberi pesan "Azam, dekat dalam kelas jangan main lari-lari, nanti jatuh"... "Nurul, kalau nak ke tandas, mintak izin cikgu".. A.S cakap berdasarkan pengalaman.. Kalau A.S balik rumah nangis2, siap dipadan muka nya dekat A.S.. "Haa, sapa suruh, tak buat kerja, padan muka lah kene rotan. Kalau ibu, ibu tambah lagi ade lah"

Menutup tirai post ini, sama2lah kita muhasabah diri. Perbetulkan diri. Insafi diri

18 Jan 2014

Testing.. testing...

Salam.. A.S newbie dalam alam blog.. A.S sebenarnya tak berminat nak buat blog... Tapi, bila lama-lama, terkenan pula dihati nak menulis. Salah satu sebab, A.S nak ceritakan pengalaman peribadi yang bersandarkan ilmu.. A.S juga nak sampaikan informasi2 yang berguna utk semua... Selamat membaca... ^_^