12 Apr 2014

Proses Permohonan Guru Sandaran (Episod 1)

"Weh, Sya.!! Kau dah jadi cikgu bestnya"
"Salam Sya, wahh dah jadi cikgu bolehlah ajar anak aku"
"Emmm...tak penat ke nak layan budak2"
"Sya, jadi cikgu susah tak"
"Fuyooii... garang-garang kau ni boleh tahan perangai budak-budak ye"

Macam- macam lagi sebenarnya andaian dan persepsi. Positif ade.. Negatif pun ada.. Tapi entri kali ini bukan ingin menceritakan pengalaman pahit manis, suka duka.. Entri kali ini lebih menjurus ke arah bagaimana ingin menjadi seorang guru... oppss... bukan guru tetap..guru sandaran...Bukan sebab apa, rmai sangat yang tanya... Dan A.S malas dah nak bgtau byak kali (hehe, sorry erkk kawan2)

Sebenarnya banyak istilah di pakai... Antaranya, guru sandaran... guru interim, guru ganti, dll? Nampak serupa tapi x sama..  Malas nak taip panjang panjang.. boleh rujuk blog ini.

Okey... Ada beberapa cara sebenarnya... Ini berdasarkan pembacaan blogger2 yang lain...


1. Pergi sekolah yang kita mahu, tanya ada kosong tak.. Kalau ada, akan diberitahu, kalau takda.. dia akan suruh letak nama, no telefon, alamat, dll... Nanti kalau ada pihak sekolah akan telefon dan bagitahu apa yang perlu dibuat.. Ni blog yang A.S rujuk.

2. Bergantung sekolah dari daerah mana yang nak pergi, contoh, daerah Kinta, pergi PPD (pejabat pendidikan daerah ) Kinta. Kemudian, bagitahu.. yang korang nak jadi guru ganti, dan pihak pengurusan akan bgtau apa y dperlukan dan akan bg borang utk diisi. Cara y ini plak A.S rujuk blog ini.

3. Yg ini laggiii sennanngg.. Utk yang berminat nak jadi cikgu sekitar negeri Selangor.. Tak payah susah-susah habis minyak, terus isi borang secara atas talian di sini. Tapi kat negeri lain tak tahu lah plak apa link dia.. Mintak ampun ye...


Mula-mula, klik dekat "Daftar id pengguna"


Kemudian, Isikan dan hantar. Emel akan di hantar. dan kata kunci (password)  akan diberi. 


Pergi balik dekat gambar no 1. Isikan data pada bahagian yang dibulatkan dengan warna biru dan pilih pemohon' di bahagian pilihan (dibulatkan dengan warna merah ) dan masuk.



Dah masuk isi borang, dan sediakan borang seperti yang dinyatakan dalam tu.. Bahagian ni takde gambar sebab... A.S punya dah ada data.. Malas nak padamkan datanya... Banyak sangat.. So bahagian ni pandai2 lah berdikari.. 

Dah selesai.. tggu je lah panggilan dia.. Mungkin sehari, seminggu, sebulan.. Macam rezeki A.S hari tu, alhamdulillah, pukul 8 pagi isi borang, pukul 10.00 pagi kol.. Nak tahu kenapa boleh rujuk entri yang akan datang... di sini .. Kalau tak nak tau pun kene klik juga sebab ada macam2 info perlu tahu pasal Guru sandaran dekat sini.. Okay itu sahaja.. Selamat berjuang.. :)

No comments:

Post a Comment