12 Apr 2014

Guru Sandaran (FAQ) -Frequently Asked Question (Episod 2)

Assalamualaikum. Selamat pagi dan salam 1 Ukhuwah.. hehe... Fokus utk tajuk kali ini, A.S akan membincangkan FAQ atau bahasa kebangsaannya disebut sebagai  "Soalan Yang Sering Di Tanya"..
Okay, jom kita melintas!!! (ehh..)


S1: Lama tak nak tunggu PPD telefon?

Bergantung pada kekosongan dan bajet yang diberi kerajaan. Macam yang diceritakan dalam episod satu, perenggan bawah sekali Ini link nya (___)...
Mungkin sehari, seminggu, sebulan.. A.S dapat panggilan tak sampai beberapa jam... Sebabnya A.S isi borang pagi2 02.01.2014, hari pertama sekolah dibuka.. Jadi, mestilah PPD akan aware dengan permohonan A.S dannnn kompem ramai cikgu bersalin tgah cuti masa tu... Sambung cuti lah dari bulan November atau Disember.. hehe.. hebat tak stratergi..

S2: Apa dokumen diperlukan ?

Haa.. Ini dia...

Sesiapa yang masih  belajar atau belum konvo, sila beri yang kedua tertinggi yer.. Official transcript tidak akan dilayan. Macam A.S, Walaupun dah habis degree, still pakai SPM sebab belum konvo dan A.S amek asasi.. Asasi dan Matriks x boleh pakai yer.. Jangan jadi pak pandir yer.. Dah sedia maklum perkara tu sebelum masuk belajar lagi..

Pastikan dokumen tu disahkan oleh pegawai kerajaan berpangkat 41.. 

S3: Interview susah tak?

Tak pun, biasanya kompem kita akan dapat.. Tanya nama, cita2, Kenapa nak jadi cikgu.. Prefer ajar matapelajaran apa.. nak sekolah menengahke sekolah rendah.. & part yang paling best, sekolah mana yang nak kita pilih.. hehe memandang A.S memang tahu sekolah yang AS ajar sekarang ni memang kosong, direct A.S demand nak sekolah tu... hehe.. Kalau takde, PPD akan bagi sekolah kedua terdekat lah... PPD tak kejam mana nak hantar jauh2.. PPD pun akan tanya ada kenderaan ke x... Kalau korang taknak jugakk.. nak tggu sekolah yang korang impikan tu.. Haa.. tunggu je lah sampai ade cikgu yang cuti panjang.. Bila dah ok sume.. dia akan tanya bila boleh mula... so jawab je lah.. "SAYA NAK MASUK ESOK"... hehe..


S4: Gaji tuu masyuuk ke x?

A.S tahu utk sekolah rendah je

SPM: RM 54 /day
Diploma: RM72 /day
Ijazah: RM100/day

STPM, MASTER, PHD tak pasti.. hehe
Ada potongan KWSP..

Sabtu, ahad & cuti tak dikira melainkan kelas ganti hujung minggu


S5: Gaji tu masuk on time tak?

JANGAN MIMPI... hahahaha.. AMARAN KERAS: Kalau nak duit cepat-cepat, JANGAN MENGADA-NGADA NAK JADI GURU SANDARAN... Gaji kita bergantung dengan kecekapan pentadbiran sekolah.. Harap maklum.. Mungkin lewat sebulan, dua bulan, 3 bulan... Tips nak gaji cepat: Selalulah bertnya pasal gaji dekat pentadbiran sekolah.. Last2 mesti dia pening dengan perangai korang yang tak sabar tu... jadi, diorang pun buat lah apa yang patut.. wink wink...


S6: Senang tak jadi cikgu?

Jawapan yang paling mudah, kalau suka jadi cikgu, semua benda nampak senang walaupun rasa macam ada batu dekat kepala... Kalau memang tak suka, awal2 lagi kita dah fed up.. Tepuk dada tanyalah iman, tepuk hati fikir sendiri.

Perlu diingatkan, kalau kita ganti cikgu, kita kena buat semua kerja dia... Kalau dapat cikgu yang pegang kelas, selalulah tanya kehadiran.. Dapat jadi cikgu LINUS (cikgu pemulihan) pandai-pandai lah ajar anak murid, dapat jadi cikgu Pusat sumber, hari-harilah menghadap buku...



UNTUK YANG NAK JADI GURU SANDARAN:

A.S berharap sangat janganlah nak jadi guru sandaran hanya bersebabkan $$ sahaja.. yelah kan.. kerja 6 jam je dapat rm 50 sehari.. Memang nampak mudah... Tapi sebenarnya kita ni yang membentuk jatidiri pelajar secara tidak langsung.. Kita lah tukang bercerita, kita lah tukang berleter, kita lah tempat mengadu, kitalah tukang hias, kitalah semua... Apa-pun selamat mengajar ye ^_^

#Sesiapa yang ade soalan boleh lah tanya.. tapi bab reply ni tak jamin, sebab jarang berblog.. maaf yer..

No comments:

Post a Comment